
Assalamualaikum.....
Hari ini aku balik lewat gak.... Biasalah, jumpa kawan-kawan dan menyembang. Apalagi yang boleh dibuat dalam keadaan sekarang. Dalam perjalanan, tiba kat selekoh berhampiran YMCA tiba-tiba aku terlihat kon-kon berlampu biru. Mak oiii.... pak polisi! aku buat muka confident terus lalu. "encik minta ke tepi.... nak periksa. minta lesen dan roadtax....." laju je aku bagi lesen tanpa memberi roadtax..... bila tengok lesen aku hidup, dia terus minta roadtax. mak oii.... dekat setahun matinya! "encik mari ikut saya, ambil saman." nak terberak!......
"Encik.... mintak maaf, saya jobless.... duit langsung takde nak hidup roadtax"... setelah berbincang dan tawar menawar..... aku hanya tawarkan RM5 dari poket aku. Dengan muka sinis, pak polisi tu bagi lesen dan roadtax mati aku tu terus kata..... kalau RM5, baik guna isi minyak motor ni. Akupun ada duit..... pergilah. Arrrh.... nasib baik! Dalam perjalanan pulang atas motor aku terus terkenang peristiwa tadi dan yang sebelum2 ni.
Kenapa ye? aku hairan kenapa aku dah ke tahap teruk mcm ni? Macam mana dengan kawan-kawan aku yang lain!..... Ermmm.... saja je. Ada kawan aku yang sanggup bagi IC kepada OCPD Ipoh masa perhimpunan di Padang Ipoh sebaik BN jatuh PRU12. Dia dengan bapaknya rela hati memberi IC untuk jadi penjamin dengan harapan perhimpunan Melayu Perak itu berjalan lancar tanpa gangguan pak polisi. Akhirnya himpunan itu berjalan lancar tanpa tembakan air dari meriam air FRU. Ada sesiapa sanggup jamin diri sendiri untuk majlis yang disertai orang ramai?
Tetapi.... apa jadi budak tu? Sekarang nak minum teh tarikpun kadang-kadang tak mampu! Dia kata yang ada 50sen.... untuk membeli rokok batang. Mak OIIIII sedihnya aku, sahabat-sahabat GURKHA aku dah merempat! bukan setakat seorang.... tetapi rasanya banyak. Mana perginya mata pemimpin negeri? Aku pernah menyatakan hal ini kepada seorang Exco Kerajaan Negeri tentang masalah ekonomi yang lembab dan gersang ni... jawapannya sabar. Kita masih belum stabil dan tunggu hingga masanya tiba. Aduh!!!!
Aku bukan nak ugut mahupun mengkritik.... tetapi pernahkah Dato' Seri, Dato' -Dato' dan Tuan-tuan fikir.... sampai bila harus kami merempat. Takkan tak ada langsung jalan untuk membela dan menjaga kebajikan kami? Takkan hanya nampak kami ketika kita sedang dilanda krisis politik. Sekarang ni....? Bukan tak ada mata dan telinga yang melihat apa yang berlaku di SUK sana.... siapa yang selalu datang menjengguk sambil membawa fail. Sedih dan pilu.... mungkin rasa hal ini tak penting dan bukan keutamaan. tetapi Gurkha ni bukan manusia kah? Tak perlu makan? Tak ada tanggungan???? Please..... dont tread us like a rubbish.
Sejujurnya aku nak menyatakan.... Aku hanya merasa diberi elaun hanya ketika ada Wakil Rakyat mati! kerana aku bertugas sebagai jentera parti yang dihantar Perhubungan Negeri. Jutaan terima kasih! RM50 sehari itu amat besar ketika aku tak ada kerja dan tak ada duit. Permatang Pasir aku bertugas dari hari pernamaan calon hingga hari mengundi, bawak balik untuk anak dan bini hanya RM250.... selepas aku guna untuk membeli rokok dan kadang-kadang membayar duit minum teh tarik.... hanya itu baki di tangan. Bagan Pinang.... 14hari di sana baki ditangan, hanya RM300. Hulu Selangor 11hari.... ermmm malas nak cakap, dah cukup kah!
Nak tahu? Ketika pemerintahan Pakatan Penipu memerintah hari tu, aku masih mampu berniaga.... Pasir aku jalan dengan baik dan K3 lulus! Tetapi..... setelah tampuk diambil alih, aku jammed! semua polisi berkaitan pasir berubah.... kelulusan baru K3 dibekukan. Kelulusan baru 4C beku, Polisi ini polisi itu semua membunuh perniagaan aku. Mati! Aku dah hilang sumber rezeki! INIKAH BALASAN setelah apa yang kami buat untuk Parti? Pemimpin hanya jeling? seperti kata anak melayu@pro melayu..... Jeling maknanya benci! atau hanya jelingkah yang layak untuk kami? Jangan terlalu ambil mudah hingga ada antara kami mati kebuluran, mati gantung diri dan rumahtangga cerai berai kerana tak mampu menanggung hidup. Bolehkah kami hidup tanpa sumber rezeki.
Kami bukan nak duit dari poket tuan-tuan.... tetapi bantulah dari sumber yang patut dan sesuai. Tetapi jangan tersalah bagi agar tuan-tuan tidak dipersalahkan dan tidak didakwa menyalah guna kuasa. Kami sedar, bukan taraf kami untuk menerima kelulusan balak atau kelulusan MC lombong.... tetapi takkan langsung tak ada benda lain yang sesuai untuk kami buat kerja dan mendapat rezeki untuk menangung keluarga. Macam aku, takkan perlu aku berdoa meminta ada wakil-wakil rakyat yang meninggal dunia. Kerana aku akan berkerja dan menerima elaun RM50 tu. Hanya kerana sayangkan parti, sayangkan bangsa dan perjuangan aku demi agama bangsa dan tanahair inilah aku takkan jadi pengkhianat. Tapi.... tolong jangan ambil kesempatan dari prinsip kami dan membiarkan kami mati tanpa pembelaan.
Buah delima di atas batu,
Batu terletak kawasan terpencil,
Dato' seri tolonglah bantu,
Kepada kami si insan kecil.
Terkena sampuk berjumpa pawang,
Pawang menyerah pada ilahi,
Sampai mati kami berjuang,
Hujan panas kami tempuhi.
Keris bersepuh besi berani,
besi bersepuh takkan berkarat,
Takkan membiar kami begini,
Hidup tersiksa jiwa melarat
jika terasa ku pohon ampun....
biar kami mengkritik demi kebaikan,
jangan kami membenci untuk kehacuran.
~eddykampar~
Wasallam......
jgn ckp mcm tu..hakikatnya kerajaan tgh cuba utk stabilkan ekonomi... bawak bersabo bro...
ReplyDelete