Assalamualaikum semua....
Mungkin Janggal seorang Gurkha jadi penulis blog. Kenapa?.... selalunya gurkha-gurkha hanya
muncul di medan perang. Hehehehehe.... abaikan! apa yang hendak aku kongsikan bersama semua adalah GAZ (Gerakan Anti Zamry) wajar atau tidak? Dari pandangan dan perspektif Gurkha seperti Aku.
GAZ- satu gerakan ad-hoc yg menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada DS Dr Zamry MB Perak. Tiada ketua dan juga bergerak tanpa perancangan. GAZ juga diikuti dan disetujui oleh majoritinya kelompok pemuda yang rutin hariannya banyak di Bandaraya Ipoh. GAZ juga kebanyakkannya terdiri dari kawan2 aku yg hanya layak digelar GURKHA seperti aku. Aku sokong atau tidak???? jawapannya aku je tahu.... aku tak sokong dan tak membantah (berkecuali).
Dari pemerhatian dan hasil sembang2 kosong aku dgn beberapa org yg melaungkan tiga huruf (GAZ) jelas ianya berpunca dari senario ekonomi pemuda yang amat lembab dan tidak aktif. Bukan untuk membuka pekung tetapi kenyataannya.... selepas BN mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Perak hanya segelintir kecil entiti yg bijak menanguk sahaja yg berjaya cari makan di Perak. Manakala yang lain-lain hanya meneguk air liur sendiri melihat entiti tersebut membelanjakan hasil tuaian mereka.
Pada pandangan aku.... GAZ ini sebenarnya TIDAK WAJAR dan patut kita hentikan. Kenapa?.... kita sebenarnya berhempas pulas memperjuangkan Parti agar kekal memerintah. Andai Zamry gagal, bukan GAZ jalan yg terbaik.... kita sepatutnya cari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dalam kelambu kita ni. Ruangan Facebook bukan lapangan yang sesuai.... Sejujurnya, aku pun langsung tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi aku, kawan2 gurkha aku yg tidak pandai dan tidak suka mengipas. Aku sedar dan cukup terasa bila aku turut hidup sengkek tanpa punca untuk mencari rezeki. Tetapi masalah kita ibarat masalah dalaman rumahtangga kita. Bukan untuk tatapan orang luar, terutama pihak seberang tembok.
Sesiapa yang menyokong dan bersama-sama melaungkan GAZ didalam Facebook, please.... kita hentikan dan guna kaedah yg lebih sesuai demi menjaga keharmonian parti. Kita berjuang bukan kerana individu...... Masih ada saluran yang lebih berkesan. Sebenarnya jauh disudut hati aku ini, aku hanya nampak GAZ ini mematikan karier politik KP Bahagian kome (Beliau sahabat aku jgn matikan politik beliau) Aku sebenarnya cukup sedih bila gerakan ini jelas telah memecahkan kita kepada satu lagi kelompok. Macam mana kita nak hadapi musuh sebenar kita jika kita terus bercakaran?
Pada aku, jika nak kata GAGAL bukan hanya MB target utk mempersalahkan ekonomi pemuda LESU. Tetapi pemimpin yg lebih atas juga GAGAL. Tentang entiti 2H (sebenarnya hanya 1H yg selesa), aku tak mampu nak mencampuri. tetapi aku juga tertanya dan agak keliru. Tetapi akur itu kuasa MB, apalah daya untuk mempersoal kuasa MB. MB bukannya tidak bijak..... mesti ada tujuan disebalik Beliau membela entiti tersebut. Biarlah MB sendiri jelaskan pada kome2 bila tiba masanya.....

Harapan aku, GAZ kita ubah kepada GBZ (Gerakan Bantu Zamry bukannya Gerakan Bodek Zamry....) atau GPZ Gerakan Perkasakan Zamry. Kita kembalikan saf untuk kembali memperkasakan UMNO Perak. Kita bersatu kembali menghadapi PRU13 yang bakal tiba. Kuatkan jentera kita menghadapi tohmahan Pakatan Pembakang MUSUH sebenar kita. Besar harapan aku - Kepada YAB Dato' Seri Dr Zamry ..... pandang-pandanglah kebajikan gurkha-gurkha yang terlibat dalam gerakan subversif ketika politik Perak bergolak tempoh hari. Bukannya kemewahan yang dimimpikan tetapi jangan pinggirkan kami. Mata-mata sentiasa melihat, manakala mulut-mulut sentiasa berkata-kata. Jangan sampai tiada kata yg mampu dilafazkan untuk kita pertahankan pemimpin kita.
Wallahualam.
eddykampar
No comments:
Post a Comment