BILA AKU SUDAH MULA MENULIS BLOG..... bukan untuk menghentam tetapi sekadar berkongsi pendapat ->

~No Hidden identiti.... aku adalah aku. hidup aku memperjuangkan sesuatu mengikut acuan aku. sebagai GURKHA aku akur hidup aku sekadar begini dan setakat ini. walau tiada mata melihat aku, aku tetap menjadi aku.~

Monday, July 5, 2010

HIDUP DAN MATI KERANA PERJUANGAN


Assalamualaikum.....

Hari ini aku balik lewat gak.... Biasalah, jumpa kawan-kawan dan menyembang. Apalagi yang boleh dibuat dalam keadaan sekarang. Dalam perjalanan, tiba kat selekoh berhampiran YMCA tiba-tiba aku terlihat kon-kon berlampu biru. Mak oiii.... pak polisi! aku buat muka confident terus lalu. "encik minta ke tepi.... nak periksa. minta lesen dan roadtax....." laju je aku bagi lesen tanpa memberi roadtax..... bila tengok lesen aku hidup, dia terus minta roadtax. mak oii.... dekat setahun matinya! "encik mari ikut saya, ambil saman." nak terberak!......

"Encik.... mintak maaf, saya jobless.... duit langsung takde nak hidup roadtax"... setelah berbincang dan tawar menawar..... aku hanya tawarkan RM5 dari poket aku. Dengan muka sinis, pak polisi tu bagi lesen dan roadtax mati aku tu terus kata..... kalau RM5, baik guna isi minyak motor ni. Akupun ada duit..... pergilah. Arrrh.... nasib baik! Dalam perjalanan pulang atas motor aku terus terkenang peristiwa tadi dan yang sebelum2 ni.

Kenapa ye? aku hairan kenapa aku dah ke tahap teruk mcm ni? Macam mana dengan kawan-kawan aku yang lain!..... Ermmm.... saja je. Ada kawan aku yang sanggup bagi IC kepada OCPD Ipoh masa perhimpunan di Padang Ipoh sebaik BN jatuh PRU12. Dia dengan bapaknya rela hati memberi IC untuk jadi penjamin dengan harapan perhimpunan Melayu Perak itu berjalan lancar tanpa gangguan pak polisi. Akhirnya himpunan itu berjalan lancar tanpa tembakan air dari meriam air FRU. Ada sesiapa sanggup jamin diri sendiri untuk majlis yang disertai orang ramai?

Tetapi.... apa jadi budak tu? Sekarang nak minum teh tarikpun kadang-kadang tak mampu! Dia kata yang ada 50sen.... untuk membeli rokok batang. Mak OIIIII sedihnya aku, sahabat-sahabat GURKHA aku dah merempat! bukan setakat seorang.... tetapi rasanya banyak. Mana perginya mata pemimpin negeri? Aku pernah menyatakan hal ini kepada seorang Exco Kerajaan Negeri tentang masalah ekonomi yang lembab dan gersang ni... jawapannya sabar. Kita masih belum stabil dan tunggu hingga masanya tiba. Aduh!!!!

Aku bukan nak ugut mahupun mengkritik.... tetapi pernahkah Dato' Seri, Dato' -Dato' dan Tuan-tuan fikir.... sampai bila harus kami merempat. Takkan tak ada langsung jalan untuk membela dan menjaga kebajikan kami? Takkan hanya nampak kami ketika kita sedang dilanda krisis politik. Sekarang ni....? Bukan tak ada mata dan telinga yang melihat apa yang berlaku di SUK sana.... siapa yang selalu datang menjengguk sambil membawa fail. Sedih dan pilu.... mungkin rasa hal ini tak penting dan bukan keutamaan. tetapi Gurkha ni bukan manusia kah? Tak perlu makan? Tak ada tanggungan???? Please..... dont tread us like a rubbish.

Sejujurnya aku nak menyatakan.... Aku hanya merasa diberi elaun hanya ketika ada Wakil Rakyat mati! kerana aku bertugas sebagai jentera parti yang dihantar Perhubungan Negeri. Jutaan terima kasih! RM50 sehari itu amat besar ketika aku tak ada kerja dan tak ada duit. Permatang Pasir aku bertugas dari hari pernamaan calon hingga hari mengundi, bawak balik untuk anak dan bini hanya RM250.... selepas aku guna untuk membeli rokok dan kadang-kadang membayar duit minum teh tarik.... hanya itu baki di tangan. Bagan Pinang.... 14hari di sana baki ditangan, hanya RM300. Hulu Selangor 11hari.... ermmm malas nak cakap, dah cukup kah!

Nak tahu? Ketika pemerintahan Pakatan Penipu memerintah hari tu, aku masih mampu berniaga.... Pasir aku jalan dengan baik dan K3 lulus! Tetapi..... setelah tampuk diambil alih, aku jammed! semua polisi berkaitan pasir berubah.... kelulusan baru K3 dibekukan. Kelulusan baru 4C beku, Polisi ini polisi itu semua membunuh perniagaan aku. Mati! Aku dah hilang sumber rezeki! INIKAH BALASAN setelah apa yang kami buat untuk Parti? Pemimpin hanya jeling? seperti kata anak melayu@pro melayu..... Jeling maknanya benci! atau hanya jelingkah yang layak untuk kami? Jangan terlalu ambil mudah hingga ada antara kami mati kebuluran, mati gantung diri dan rumahtangga cerai berai kerana tak mampu menanggung hidup. Bolehkah kami hidup tanpa sumber rezeki.

Kami bukan nak duit dari poket tuan-tuan.... tetapi bantulah dari sumber yang patut dan sesuai. Tetapi jangan tersalah bagi agar tuan-tuan tidak dipersalahkan dan tidak didakwa menyalah guna kuasa. Kami sedar, bukan taraf kami untuk menerima kelulusan balak atau kelulusan MC lombong.... tetapi takkan langsung tak ada benda lain yang sesuai untuk kami buat kerja dan mendapat rezeki untuk menangung keluarga. Macam aku, takkan perlu aku berdoa meminta ada wakil-wakil rakyat yang meninggal dunia. Kerana aku akan berkerja dan menerima elaun RM50 tu. Hanya kerana sayangkan parti, sayangkan bangsa dan perjuangan aku demi agama bangsa dan tanahair inilah aku takkan jadi pengkhianat. Tapi.... tolong jangan ambil kesempatan dari prinsip kami dan membiarkan kami mati tanpa pembelaan.

Buah delima di atas batu,
Batu terletak kawasan terpencil,
Dato' seri tolonglah bantu,
Kepada kami si insan kecil.

Terkena sampuk berjumpa pawang,
Pawang menyerah pada ilahi,
Sampai mati kami berjuang,
Hujan panas kami tempuhi.

Keris bersepuh besi berani,
besi bersepuh takkan berkarat,
Takkan membiar kami begini,
Hidup tersiksa jiwa melarat

jika terasa ku pohon ampun....
biar kami mengkritik demi kebaikan,
jangan kami membenci untuk kehacuran.

~eddykampar~

Wasallam......

Saturday, June 26, 2010

GURKHA DAN PERJUANGAN


Assalamualaikum.....

Sehari lepas keputusan PRU12 diumumkan, BN tumbang akibat kekalahan teruk komponen MCA, MIC, GERAKAN di Perak. Aku sedar akan buruknya keadaan survival bangsa bila landskap politik berubah tanpa dirancang seperti ini. Aku pagi2 terus ke Ipoh mencari kawan aku Putra ketika itu masih sama rank dgn aku.... GURKHA. Kami berbincang... mengumpulkan org dan mengumpulkan bahan bagaimana untuk membantu dari sudut gurkha demi mengembalikan kuasa kepada BN dan UMNO khasnya.

Yang sedihnya..... ketika itu telah wujud beberapa org yg cuba menanguk di air yg keruh utk menonjolkan diri..... siapa? tak perlu kita bincangkan nama dia. Beberapa program cuba dirancangkan... Namun tanpa bantuan dan sokongan Ketua Bahagian2 dan ADUN2 yang menang ketika itu.... siapalah kami. HANYA Dato' Azian Osman yang ketika itu bersama-sama kami. Manakala yang lain.... sejujurnya entah tak tahu ke mana deme2 ketika itu. Ketika itu kami bergerak dan berbincang tanpa ketua dan menghabiskan duit sendiri tanpa disuruh untuk berjuang demi parti dan survival bangsa.

Selepas pemilihan bahagian2 Shamsul Bahrain Putra menang jawatan Ketua Pemuda Ipoh Barat..... dan jiwa utk berjuang di floor lebih dari duduk di pejabat membuatkan aku lebih rapat dan serasi dengan cara dia. Dalam keadaan Perak ditadbir oleh Puak Pembangkang, kami masih lagi berbincang mencari jalan agar kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar. Namun siapalah Gurkha bergerak tanpa modal.

Ketika kita masih perit menjalani kehidupan sebagai pembangkang, tiba-tiba YB Dato' Nasaruddin Adun Bota melompat parti dan menyertai PKR. Banyak yang melenting dan mula menyalahkan sesama sendiri. Dan pucuk pimpinan Umno Negeri Perak bertukar kepada Dato' Seri Najib ketika itu masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO. Namun ketika kebanyakan calon2 utk jawatan di UMNO Malaysia sibuk berkempen tiba-tiba satu peristiwa 3 Adun dari Pembangkang (2 dari PKR dan 1 dari DAP) melompat dan mengistiharkan diri jadi Adun Bebas tetapi menyokong BN dan kembalinya Dato' Nasa kepangkuan UMNO. Berakhir zaman gelap BN Perak dan Dato' Seri Dr Zamry dilantik menjadi MB Perak mengantikan Nizar Jamaluddin.

Walau berbagai bantahan dan peristiwa Rumah Roundabout dipenuhi pak lebai PAS..... Tiap malam ceramah mencemuh UMNO di Kediaman Rasmi MB akhirnya berakhir juga dgn keluarnya Nizar dari kediaman tersebut. Ketika itu juga berbagai cadangan diutarakan dari golongan Gurkha untuk membalas tindakan PAS tetapi tidak dilaksanakan demi keamanan negeri dan Bandaraya Ipoh khasnya. Walaupun satu himpunan Daulat Tuanku berjaya dilaksanakan di Padang Abdul Jalil. Agak kontraversi tetapi masej berjaya disampaikan kepada pemuda-pemuda.

Walau kuasa memerintah pada BN tetapi berbagai cubaan untuk menggangu gugat dibuat oleh pengkhianat bangsa dan negara dari pembangkang. Dengan sidang DUN bawah pokok, keganasan melampau di dalam dewan dan pelbagai usaha untuk membubar DUN. Ketika itu kerja-kerja subversif dari gurkha diperlukan dan atas usaha Putra dan rakan-rakan ada ketikanya berjaya mengimbangi tindakan pembangkang hingga ada ketikanya berlakunya pergaduhan kecil. Namun gurkha tetap gurkha.... mainan kami di medan perang.

Satu ketika Nizar diistihar MB yg sah oleh mahkamah..... Gurkha2 dikerah ke SUK dan pejabat Perhubungan Negeri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pemuda Ipoh Barat bersama van transit hitam Darah Pemuda Maruah Bangsa berada di SUK untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting dan barangan peribadi MB dari dirampas oleh Nizar. Tindakan pantas ini adalah dari usaha Putra juga yang merupakan Ketua pemuda bahagian yang tidak pentingkan jawatan sebaliknya sanggup bersama gurkha-gurkha bermain kotor di bawah.

Kesinambungan cerita aku ini sebenarnya jelas ingin aku tonjolkan individu yang gigih mempertahankan parti dan berjuang tanpa mengira masa dan imbuhan adalah Putra dan gurkha-gurkha pemuda umno. Sedih untuk aku lihat pengitirafan yang diberi kepada golongan ini. kenapa?.... Kerana aku juga gurkha, aku tahu bagaimana keadaan kami. Aku juga sedar di manakah letaknya kami sekarang. Selagi tiada yang bergerak menyonsang, maka tiadalah pengkhianat dikalangan kami. Walau kadangkala ayat pedas terhambur tidak bermakna cili itu untuk santapan tuan.

Namun kini apabila wujudnya GAZ, Putra dipersalahkan. Ada yang menuduh Samsul Bahrain Putra mengarahkan pemuda-pemudanya membuat gerakan tersebut. Aku kenal Putra, aku faham isihati dan semangat juang yang ada pada Putra. Beliau bukannya manusia yg sanggup khianat dan derhaka pada ketuanya. Hidupnya yang ketika ini agak sukar.... namun untuk beliau berundur tidak penah ada. Aku yang berpendirian berkecuali ini ingin menjelaskan kepada pihak-pihak yang menuduh dan mengesyaki beliau supaya hentikan tuduhan dan fahamilah peribadi putra. Aku tidak mendapat apa-apa keuntungan dari cerita ini. Juga aku tidak rugi walau satu senpun jika aku tidak menceritakan usaha dan kerja-kerja Putra bersama-sama gurkha di medan perang. Tetapi mohon pandang dan cuba fikirkan apakah layak kami menjalani hidup sebegini setelah kita kembali bernafas.

Andai roboh kota Melaka,
Takkan pejuang menjadi pengkhianat,
Andai Tuan berjanji belaka,
Pastinya kami takkan berminat.

Biar bergegar guruh dilangit,
Jangan disangka hujankan turun,
walau poket tinggal seringgit,
semangat juang takkan turun.

Keris bernama si Taming sari,
menjadi mainan Dato' Hang Tuah,
Jika pengitirafan Tuan memberi,
pasti kami rasa bertuah.

Wassalamualaikum.

Thursday, June 24, 2010

GERAKAN ANTI ZAMRY - WAJAR ATAU TIDAK?


Assalamualaikum semua....

Mungkin Janggal seorang Gurkha jadi penulis blog. Kenapa?.... selalunya gurkha-gurkha hanya
muncul di medan perang. Hehehehehe.... abaikan! apa yang hendak aku kongsikan bersama semua adalah GAZ (Gerakan Anti Zamry) wajar atau tidak? Dari pandangan dan perspektif Gurkha seperti Aku.

GAZ- satu gerakan ad-hoc yg menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada DS Dr Zamry MB Perak. Tiada ketua dan juga bergerak tanpa perancangan. GAZ juga diikuti dan disetujui oleh majoritinya kelompok pemuda yang rutin hariannya banyak di Bandaraya Ipoh. GAZ juga kebanyakkannya terdiri dari kawan2 aku yg hanya layak digelar GURKHA seperti aku. Aku sokong atau tidak???? jawapannya aku je tahu.... aku tak sokong dan tak membantah (berkecuali).


Dari pemerhatian dan hasil sembang2 kosong aku dgn beberapa org yg melaungkan tiga huruf (GAZ) jelas ianya berpunca dari senario ekonomi pemuda yang amat lembab dan tidak aktif. Bukan untuk membuka pekung tetapi kenyataannya.... selepas BN mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Perak hanya segelintir kecil entiti yg bijak menanguk sahaja yg berjaya cari makan di Perak. Manakala yang lain-lain hanya meneguk air liur sendiri melihat entiti tersebut membelanjakan hasil tuaian mereka.

Pada pandangan aku.... GAZ ini sebenarnya TIDAK WAJAR dan patut kita hentikan. Kenapa?.... kita sebenarnya berhempas pulas memperjuangkan Parti agar kekal memerintah. Andai Zamry gagal, bukan GAZ jalan yg terbaik.... kita sepatutnya cari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dalam kelambu kita ni. Ruangan Facebook bukan lapangan yang sesuai.... Sejujurnya, aku pun langsung tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi aku, kawan2 gurkha aku yg tidak pandai dan tidak suka mengipas. Aku sedar dan cukup terasa bila aku turut hidup sengkek tanpa punca untuk mencari rezeki. Tetapi masalah kita ibarat masalah dalaman rumahtangga kita. Bukan untuk tatapan orang luar, terutama pihak seberang tembok.


Sesiapa yang menyokong dan bersama-sama melaungkan GAZ didalam Facebook, please.... kita hentikan dan guna kaedah yg lebih sesuai demi menjaga keharmonian parti. Kita berjuang bukan kerana individu...... Masih ada saluran yang lebih berkesan. Sebenarnya jauh disudut hati aku ini, aku hanya nampak GAZ ini mematikan karier politik KP Bahagian kome (Beliau sahabat aku jgn matikan politik beliau) Aku sebenarnya cukup sedih bila gerakan ini jelas telah memecahkan kita kepada satu lagi kelompok. Macam mana kita nak hadapi musuh sebenar kita jika kita terus bercakaran?

Pada aku, jika nak kata GAGAL bukan hanya MB target utk mempersalahkan ekonomi pemuda LESU. Tetapi pemimpin yg lebih atas juga GAGAL. Tentang entiti 2H (sebenarnya hanya 1H yg selesa), aku tak mampu nak mencampuri. tetapi aku juga tertanya dan agak keliru. Tetapi akur itu kuasa MB, apalah daya untuk mempersoal kuasa MB. MB bukannya tidak bijak..... mesti ada tujuan disebalik Beliau membela entiti tersebut. Biarlah MB sendiri jelaskan pada kome2 bila tiba masanya.....

Harapan aku, GAZ kita ubah kepada GBZ (Gerakan Bantu Zamry bukannya Gerakan Bodek Zamry....) atau GPZ Gerakan Perkasakan Zamry. Kita kembalikan saf untuk kembali memperkasakan UMNO Perak. Kita bersatu kembali menghadapi PRU13 yang bakal tiba. Kuatkan jentera kita menghadapi tohmahan Pakatan Pembakang MUSUH sebenar kita. Besar harapan aku - Kepada YAB Dato' Seri Dr Zamry ..... pandang-pandanglah kebajikan gurkha-gurkha yang terlibat dalam gerakan subversif ketika politik Perak bergolak tempoh hari. Bukannya kemewahan yang dimimpikan tetapi jangan pinggirkan kami. Mata-mata sentiasa melihat, manakala mulut-mulut sentiasa berkata-kata. Jangan sampai tiada kata yg mampu dilafazkan untuk kita pertahankan pemimpin kita.

Wallahualam.

eddykampar