BILA AKU SUDAH MULA MENULIS BLOG..... bukan untuk menghentam tetapi sekadar berkongsi pendapat ->

~No Hidden identiti.... aku adalah aku. hidup aku memperjuangkan sesuatu mengikut acuan aku. sebagai GURKHA aku akur hidup aku sekadar begini dan setakat ini. walau tiada mata melihat aku, aku tetap menjadi aku.~

Saturday, October 22, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT PEMANGKIN PERPADUAN BANGSA SEAGAMA

Hari ini 22hb Oktober 2011 telah berlangsung satu perhimpunan yang diberi nama HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AQIDAH (HIMPUN) di Stadium Shah Alam yang mana telah mengumpulkan sejumlah NGO-NGO Melayu Islam bersatu hati membawa maksud yang sama ingin iaitu menentang aktiviti memurtadkan umat Islam di Malaysia. Junlah yang hadir seramai 15ribu orang dilihat jelas menunjukkan bahawa umat Islam Melayu masih mampu bersatu padu atas nama aqidah.

Himpunan ini yang tidak melibatkan mana-mana parti politik jelas membawa maksud bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolak ansur dan tak akan berdiam diri jika terdapat kegiatan atau anasir yang ingin mengganggu aqidah dan pegangan umat Islam di Malaysia. Walau terdapat bantahan dari beberapa pemimpin atasan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) namun kepimpinan Dewan Pemuda PAS terang-terang menyokong Himpunan ini melalui tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan di Facebook beliau. Antaranya yang berbunyi “selamat berHIMPUN buat semua ngo - ngo Islam yang mengambil bahagian hari ini. Semoga HIMPUN berjaya menepati objektifnya dan menjadi noktah bermula kebangkitan ummah memperkasa dan menyelamatkan aqidah dari jerat riddah. Jgn cetus provokasi, jgn menuduh org lain tanpa bukti, sebaliknya bina jati diri sbg muslim sejati. dengarkan Sajak dari saya berjudul Selamatkan Aqidah Ummah”.

“Selamatkan Aqidah Ummah”

Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah

Wibawa ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah

Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah

Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah

Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah

Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah

Bangkitlah ummahku ... Selamatkan aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Stadium Shah Alam
22 Oktober 2011

Apa yang menarik tentang perhimpunan ini adalah kehadiran Dato' Hassan Ali yang terlibat dalam kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke Gereja Methodist Damansara Utama pada bulan Ramadhan yang lepas jelas menunjukkan pendirian beliau. Dengan duduk bersebelahan Tan Sri Dato' Harussani Zakaria Mufti Perak, beliau dengan cukup berani melanggar larangan Mursyidur Am PAS Dato' Nik Aziz Nik Mat yang melarang penglibatan ahli-ahli PAS dari terlibat menyertai perhimpunan ini.

Dengan Kejayaan perhimpunan ini jelas menunjukkan masih ada sinar bahawa Umat Islam dan Melayu di Malaysia masih mampu bersatu. Diharap Perhimpunan Sejuta Umat ini dapat memberi tindak balas yang baik kepada kepimpinan atasan supaya membuat satu jalan terbaik, bagaimana untuk menyatu padukan Umat Melayu agar kembali bersatu demi menjaga Hak dan Ketuanan Melayu dan Agama Islam yang semakin hari semakin dicabar oleh sesetengah pemimpin parti yang beragama lain.

~nukilan bila EDDYKAMPAR menulis....

PERPECAHAN BANGSA KU -realiti atau fantasi

Terima Kasih kepada semua yang sudi singgah ke Ruangan Senam Otak aku ini.

Angguk-angguk Geleng-geleng….. membicarakan perihal kehidupan kita untuk sama-sama kita fikir dan sama-sama kita laksanakan. Demi kebaikan dan kemajuan bersama Insya Allah…..

Hari ini aku lebih berminat untuk membicarakan tentang perpecahan bangsa (kaum). Untung atau rugi dan pentingkah perpaduan dari skop keamanan dan kekuatan bangsa itu sendiri. Jika kita kaji dan perhatikan sendiri perpecahan yang wujud sekarang berpunca dari mana? Adakah hanya kerana fahaman politik semata-mata? Atau ada factor-faktor lain yang menyumbang kepada perpecahan tersebut?..... Aku cuba lontarkan pandangan dari skop kacamata aku dan dari pergaulan seharian untuk sama-sama kita bincangkan. Mungkin ini juga salah satu penyebab perpecahan yang berlaku dikala ini

~ FANATIK KEPADA PARTI POLITIK.

Banyak pecahan berlaku apabila wujud parti-parti di Malaysia yang berasaskan kaum, fahaman agama, perbagai kaum dan juga ideologi yang berbeza. Terdapat 30 buah parti yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia . Dari 30buah parti itu terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu Barisan Nasional yang memerintah terdiri dari gabungan Parti yang bersekutu untuk menubuhkan kerajaan setelah memenangi jumlah majoriti di dalam Parlimen dan satu lagi adalah gabungan parti-parti yang menjadi pakatan pembangkang di dalam Parlimen. Setelah wujud banyak parti-parti yang berbeza ideology dan berbeza dasar perjuangan bermakna ahli-ahli dan pengikutnya mempunyai kata-kata dan pemahaman yang tidak sama. Agen kepada pepecahan.

~ FANATIK KEPADA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU YANG MENGETUAI SATU-SATU KUMPULAN (PARTI POLITIK MAHUPUN KUMPULAN LAIN)

Kebiasaanya jika ada parti atau kumpulan maka adalah pemimpin atau ketua yang mengetuai parti atau kumpulan tersebut. Sekiranya parti, pertubuhan, kelab atau persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) aka nada pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan sama ada setahun atau beberapa tahun sekali. Ianya akan berlaku melibatkan sama ada di peringkat Cawangan, Ranting, Bahagian atau peringkat Pusat atau Kebangsaan. Jika ada pertandingan, pastinya akan wujud team atau kem-kem yang menyokong mana-mana calon yang bertanding. Kebiasaannya yang akan menjadi penyakit utama yang menyebabkan pepecahan ini adalah apabila team atau kem-kem dari calon yang kalah terus beroperasi selepas pemilihan hanya untuk memastikan calon yang menang jatuh dan kalah di Pemilihan yang akan datang.

Apa yang menjadikan ianya bertambah parah apabila kumpulan yang kalah akan memburuk-burukan pemenang dan juga pengikut-pengikutnya dan kaedahnya tidak terhad dari mulut ke mulut. Sebaliknya mereka akan mengunakan Media Baru (ICT), Surat Layang atau mengupah penulis-penulis buku politik dan mereka cerita yang boleh memburukkan dan menjatuhkan reputasi musuh politik mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikut mereka untuk membenci pihak lawan. Agen kepada perpecahan.

~ KECEWA ATAU TIDAK BERPUASHATI KEPADA PEMIMPIN ATAU PARTI.

Perasaan ini hampir sama seperti kudis yang tidak dirawat dan akhirnya menjadi tokak atau cabuk. Kumpulan ini akan sentiasa melahirkan ayat-ayat tidak bersetuju dengan dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin atau parti. Ianya juga akan menjadi lebih bahaya jika mereka sentiasa bercakap ayat-ayat berunsur protes dan tidak mustahil akan meracuni pemikiran pihak ketiga yang hanya menerima kata-kata kumpulan ini. Agen kepada perpecahan.

~ PIHAK ATAS PAGAR

Kebiasaannya terdiri pada mereka yang rutin sehariannya sibuk dengan urusan sendiri tanpa mengambil tahu tentang senario politik atau perjalanan politik seharian. Mungkin pada sesetengah orang politik mengatakan kelompok ini tidak merbahaya dan mungkin seperti pelakon tambahan di dalam drama atau filem. Tetapi mereka juga adalah sebahagiaan daripada kumpulan pepecahan.

Pepecahan bangsa ini wujub bukan hanya dikalangan bangsa melayu sahaja. Tetapi melibatkan semua bangsa di Malaysia. Apa yang jelas keadaan ini merupakan gambaran kepada kekuatan parti politik yang tidak stabil diantara yang memerintah mahupun yang membangkang. Ianya boleh menyumbang kepada penjajahan dan pencerobohan pihak asing jika pepecahan sesama kita kian ketara. Jika tidak dijajah secara kuasa memerintah, penjajahan minda juga amat membahayakan kita dan generasi akan datang.

Kenapa ianya akan mudah berlaku? Jika ada perpecahan maka terhakislah kesetiaan dan akan wujudlah pengkhianatan. Percayalah jika masalah ini tidak dibendung atau tidak dirawat, satu hari nanti generasi akan membenci dan tidak menghargai hasil kerja kita. Fikir-fikirkan lah…….

ANGGUK-ANGGUK ~ GELENG-GELENG

~BERSATULAH DAN KEMBALILAH KITA DALAM SATU KATA SATU HATI DEMI KESTABILAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.~